Make your own free website on Tripod.com

Maklumat tentang Pulau Pangkor
Information on Pangkor Island


Pulau Pangkor terletak di muara Sungai Dinding. Dari Lumut anda perlu menaiki feri untuk sampai ke Jeti Pangkor. Feri mengambil masa perjalanan 20 ke 30 minit setiap 30 minit sekali. Dari Jeti Pangkor naik teksi van untuk sampai ke Teluk Nipah. Anda juga boleh menyewa van untuk bersiar-siar sekeliling pulau melawat kilang satay ikan, Taman Fu Lin Kung dan replika Tembok Besar Cina, pekan, Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung, Pasir Bogak dan Teluk Ketapang. Kereta persendirian dan motosikal juga boleh disewa untuk bebas bergerak.

 

Pangkor Island is situated at the mouth of Dinding River. From Lumut you will have to take a ride on a ferry to reach the Pangkor Jetty. The ferry service plies the route at 30 minutes interval. The trip will take 20 to 30 minutes. From Pangkor Jetty a taxi van will take you to Teluk Nipah. You may also charter the van for round the island trip to visit tourists attractions such as the satay fish factory, the Garden of General Lin (Fu Lin Kung) and the replica of the Great Wall of China, the Pangkor Town, the Dutch Fort and Historical Rock in Teluk Gedung, Pasir Bogak beach and Turtle Bay. Private cars and motorcycles are available for rent for you mobility around the island.

 


Pulau ini adalah destinasi popular bagi penggemar outdoor. Lanskapnya yang berbukit-bukau dan hutan hujan yang terpelihara adalah ideal untuk kegiatan merentas hutan dan aktiviti-aktiviti lain.

 

The island is a popular destination for outdoor enthusiasts. It's hilly landscape and well preserved rainforests are ideal for jungletrekking and other activities.

Sebahagian daripada tarikan di Pulau Pangkor

Some of the attractions in Pangkor Island.

 

Runtuhan Kota Belanda boleh ditemui di Teluk Gedung, sebuah kampung nelayan di bahagian selatan pulau.

The Dutch Fort ruins can be found at Teluk Gedung, a fishing village on the southern part of the island.

 

Tukang bot di Pulau Pangkor. Boatbuilders of Pangkor Island.

 

Ikan dikeringkan di salah sebuah pelantar di Pangkor.

Fish are put to dry at one of the numerous marine products factories on the island.
 

Replika Tembok Besar Cina, tarikan pelancongan di pulau ini.

The replica of the Great Wall of China, one of the attractions.


PETA LOKASI SURIA BEACH RESORT

LOCATION MAP OF SURIA BEACH RESORT


 

 

 


Pulau Pangkor mempunyai penduduk hampir 20,000 orang. Pekerjaan utama penduduk tempatan ialah menangkap ikan dan menghasilkan produk makanan laut. Industri kedua terpenting ialah pelancongan yang sedang meningkat maju. Pulau Pangkor dijangka menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia menjelang 2015.

 

Pangkor Island has a population of almost 20,000 people. The primary occupation of the natives of Pangkor is fishing and marine product industry. Second most important industry is tourism which is growing very rapidly. Pangkor Island is expected to become a world class tourists destination by 2015.

 


Pulau ini menarik kerana pantai-pantainya yang cantik dan bersih. Di antaranya ialah Pasir Bogak, Teluk Ketapang dan Teluk Nipah. Kenali Pangkor untuk mencintainya! Pulau kecil di Selat Melaka ini mempunyai sejarah yang panjang, bangsa penjajah berperang untuk memilikinya dan kini pelancong asing jatuh cinta terhadap keindahannya.

 

The island is very attractive because it has a number of beautiful and clean beaches. These include Pasir Bogak Beach, Turtle Bay and Nipah Bay. To know Pangkor is to love Pangkor! This tiny island in the Straits of Melaka had a very long history, colonial races fought for its ownership, and at present foreigners fall in love with its beauty.

Burung enggang banyak didapati di Pulau Pangkor. Pangkor Island is a sanctuary for hornbills.